Wednesday, November 21, 2012

Pertemuan Pertama

Assalamu'alaikum wm wb

Aktiviti Sahabat Bahasa Arab

Cadangan awal bagi pertemuan pertama 'Aktiviti SBA' ialah pada masa dan tempat berikut:

Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Masa:  9.00 pagi
Tempat: Singgahan Ilmu - FPI

Kami hanya memerlukan MINIMA 4 orang pelajar SAHAJA yang berminat untuk menyertai aktiviti pertuturan bahasa Arab ini.

Agenda:
1. pendaftaran ahli
2. latihan awal Tahap 1
3. penentuan pertemuan berikutnya

Aktiviti dijangka diadakan sehingga jam 10 pagi.

Sesiapa yang berminat dan boleh hadir pada hari yang ditetapkan, sila klik 'Pertemuan Pertama', tulis nama anda pada ruang 'Post a Comment' dan pilih 'Comment as Anonymous' serta klik 'Publish'.

Bagi sesiapa yang berminat tetapi mendapati masa dan tarikh tidak bersesuaian, sila tulis nama anda pada ruang 'Post a Comment' dengan menyatakan masa dan hari yang sesuai bagi anda.

Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 4 orang pelajar yang mampu hadir pada tarikh dan masa yang dicadangkan di atas, aktiviti AKAN diteruskan.

PS - sila bawa buku nota kecil untuk catatan anda.

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
Ustaz Zainuddin Ismail - 0162121911.

Wassalam.

Thursday, November 8, 2012

Salam Perkenalan ...

Assalamu'alaikum wm wb...
Salam perkenalan.
Blog ini didirikan untuk memberi makluman dan hebahan tentang aktiviti Sahabat Bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Blog ini khusus untuk aktiviti 'langsung' dengan Izzah/Yasir

Struktur aktiviti:

Asas pra-syarat
Menceritakan tentang diri dengan 9-info

Tahap Asas (hijau): 
Interaksi dua-hala
A. Interaksi 'apakah'
1. Bertanyakan rakan untuk mendapatkan 9-info dengan 'apakah'
2. Memberitahu rakan 9-info dan bertanya rakan dengan menggunakan 'apakah' untuk mendapatkan 9-info rakan
B. Interaksi 'adakah'
1. Bertanyakan rakan untuk mendapatkan 9-info dengan 'adakah'
2. Memberitahu rakan 9-info dan bertanya rakan dengan menggunakan 'adakah' untuk mendapatkan 9-info rakan

Tahap Tinggi (biru): 
Interaksi dengan menggunakan Tahap Asas (apakah/adakah)
A. Interaksi 'kenapa'
1. Mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' diikuti dengan 'kenapa'
2. Memberitahu rakan 9-info dan mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' dan diikuti dengan 'kenapa'
B. Interaksi 'di mana'
1. Mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' diikuti dengan 'di mana'
2. Memberitahu rakan 9-info dan mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' dan diikuti dengan 'di mana'
C. Interaksi 'bila'
1. Mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' diikuti dengan 'bila'
2. Memberitahu rakan 9-info dan mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' dan diikuti dengan 'bila'
D. Interaksi 'bagaimana'
1. Mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' diikuti dengan 'bagaimana'
2. Memberitahu rakan 9-info dan mendapatkan 9-info rakan dengan menggunakan 'apakah' atau 'adakah' dan diikuti dengan 'bagaimana'


Wassalam.