Tuesday, December 11, 2012

Objektif Aktiviti Sahabat Bahasa Arab

Salam... pembaca sekalian.

Objektif aktiviti Sahabat Bahasa Arab adalah mudah ...

" .... menyediakan peluang kepada mereka yang berminat untuk bertutur dalam bahasa Arab dalam keadaan yang dibimbing secara sistematik ...."

Perbezaan di antara aktiviti 'terkawal' dan aktiviti 'hakiki' di negara Arab dalam pertuturan ...

- Apabila anda menyertai aktiviti ini, anda akan diberi peluang untuk bertutur dalam bahasa Arab, tetapi dalam keadaan terkawal dan tidak terlalu bebas sehingga rakan-rakan lain tidak dapat mengikutinya.

- Sekiranya anda membuat kesilapan dalam sebutan, penggunaan kala kata kerja dan lain-lainnya, anda akan dibimbing dan ditunjukkan yang sebetulnya - tidak di negara Arab kerana tidak ada orang Arab yang akan menegur anda dan mengajar anda cara pertuturan yang tepat - mungkin kerana mereka juga cakap tidak mengikut kaedah tatabahasa Arab ...

- mereka yang pergi ke negara Arab, kadang-kadang tidak mampu bertutur dengan baik kerana tidak ada sesiapa yang menegur mereka ketika mereka membuat kesilapan, tetapi di sini - anda akan dibimbing ...

- pelajar yang berada di negara Arab, mungkin tidak ada peluang untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana mereka tinggal bersama rakan mereka dari Malaysia. Di sini, walaupun anda tidak berada di negara Arab, anda berpeluang bertutur dalam bahasa Arab - dalam keadaan terbimbing dan mempunyai objektif yang jelas dan melalui tahap-tahap yang anda boleh capai.

Oleh itu, sertailah aktiviti Sahabat Bahasa Arab - sekiranya anda berminat. Ajak rakan sebilik anda, dan hubungi saya atau lawati blog ini untuk maklumat lanjut...